Sunday, March 14, 2010

report : Ride Up North 2010 - RUN 10

alhamdulillah..........selesai sudah RUN 10.. tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan jamboree kali ini...syukur kerana aku dan jugak rakan2, pakli, omaq dan nizam kerana walaupon kami sampai penamat agak lambat, kira ok la bagi kami ni yang baru 1st time join jamboree.

penat tu mmg xdapat nk diceritakan kat sini. hanya sapa yang ikut serta dlm kayuhan ni saja yang tau jerih penat dlm kayuhan ni...

banyak kejadian yang xdingini berlaku kepada peserta....semoga cepat sembuh kepada yang terjatuh atau cedera..dengar cerita ramai jugak yang overshoot masa turun bukit....harap kejadian ni xmematahkan semangat anda semua untuk terus ikut serta dlm lain2 kayuhan yang akan dianjurkan kelak......

ucapan terima kasih jugak kepada abg2 adik2 n kakak2 yang sanggup berpanas di CP semata2 utk memastikan semua peserta mendapat bekalan minuman dan makanan yg cukup...alhamdulillah...minuman dan makanan cukup utk kami semua..malah berlebihan......

hanya gambar yang boleh menceritakan suasana sebenar......












































Ride Up North 2010 pada 14.3.2010

Alhamdullilah RUN10 telah berlangsung dengan jayanya. Sekalung tahniah kepada Perlis MTB walaupun pertama kali menganjurkan jamboree tetapi dapat mengendalikannya tanpa sebarang masalah.

Tahniah kepada 3 wakil GB Team walaupun baru 6 bulan bergiat dalam MTB tetapi telah menunjukkan satu semangat yang kental apabila berjaya menamatkan kayuhan dengan melalui semua 5 check point. Mereka adalah Pak Li, Omaq dan Pascale serta tak lupa juga tahniah kepada Sdr. Nizam dari Jab. Pertanian yang sama - sama berkayuh dengan geng GB Team.

Gambar sekitar RUN10 akan dimasukkan kemudian........

Sunday, March 7, 2010

Kayuhan Wang Kelian - 7.3.2010

Kayuhan kali ni sebagai memenuhi jadual xtvt mingguan dimana cadangan kayuhan Beseri ke Padang Besar yang dirancang pada 6.3.2010 ditunda kerana sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Geng kayuh yang boleh menghadirkan diri :

1. Cik Lie
2. Pak Li
3. Omaq
4. Pascale
5. Apit
5. Azizul MRSM
6. Bang Cha MRSM

Kayuhan bermula jam 7.30 am. Alhamdullilah semua berjaya sampai ke puncak bukit tanpa sebarang masalah....cuma lambat dgn cepat je...yang penting sampai ke matlamat....

Satu peningkatan kepada riders GB Team yg boleh kayuh pergi balik dgn laluan yg sama....bukit tinggi tu.....tgh duk rehat kat puncak bukit mai pulak geng TRM diketuai oleh Wadon yg nak pi Setoi....kami tak pi sana....cuma kat WK je...

Sampai WK mcm biasa cari kedai lepak & mkn laksa kuah lemak....pas tu balik.