"Alhamdulillah, surau-surau dan masjid-masjid dikunjungi ramai ahli jamaah pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Apatah lagi pada sebelah malamnya. Bilangan ahli jamaah pada solat sunnat Tarawih sangat ramai sehingga ada yang terpaksa solat di luar surau pada minggu pertama bulan Ramadhan.
Inilah keberkatan Ramadhan. Ramai manusia berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk bersolat jamaah dan masing-masing berlumba-lumba untuk membuat kebajikan untuk merebut pahala yang berlipat kali ganda pada bulan yang penuh barakah ini.
Namun, ada sebahagian ahli masyarakat yang salah faham akan keutamaan sesuatu amal/perbuatan atas sesuatu amal/perbuatan yang lain yang sepatutnya diutamakan terlebih dahulu. Antara salah faham itu ialah:
1. Mengutamakan solat sunnat Tarawih secara berjamaah, tetapi meninggalkan solat fardhu Isyak secara berjamaah.
2. Mengutamakan cepatnya untuk khatam al-Quran, tetapi meninggalkan usaha untuk tadabbur al-Quran.
3. Mengutamakan dan berpegang kuat kepada pendapat feqh tertentu, tetapi melupakan adab ikhtilaf dan akhlaq sesama muslim sehingga terguris ukhwah Islamiyyah. Sedangkan berlapang dada dalam soal khilafiah feqh adalah lebih baik, daripada memutuskan hubungan dan perpaduan masyarakat muslim.
4. Melambatkan solat fardhu Maghrib disebabkan oleh berbuka. Sedangkan seseorang sepatutnya menyegerakan solat fardhu Maghrib selepas berbuka puasa secara ringkas. Jika mahu sambung makan selepas solat fardhu Maghrib, silakan.
5. Mengutamakan sunnah berpakaian yang tidak disyariatkan ketika ke masjid seperti berjubah/berserban (bagi lelaki) dan bertelekung putih (bagi wanita), tetapi meninggalkan sunnah berpakaian yang disyariatkan seperti menutup aurat, tidak sombong, membazir, keterlaluan dan bertasyabbuh (meniru) kaum lain ketika berpakaian seharian.
6. Wanita mengutamakan untuk turut serta solat berjamaah di masjid, tetapi melupakan adab dan akhlaq ketika keluar rumah. Wanita boleh bersolat di masjid, tetapi jika boleh menimbulkan fitnah lebih elok dia solat di rumah sahaja.
7. Mengutamakan solat sunnat pada waktu sepertiga malam, tetapi meninggalkan solat Subuh secara berjamaah. Ini biasa terjadi pada seseorang akibat mengantuk.
8. Mengutamakan ibadah sunnat di surau atau masjid ketika waktu kerja, tetapi meninggalkan tanggungjawab dan amanah majikan di tempat kerja.
9. Dan lain-lain lagi.
Mudah-mudahan ummat ISLAM semakin bijak dalam beramal ibadah dan bermuamalah dengan bertambahnya ilmu setiap hari. Hadirilah majlis ilmu samada di masjid, di surau, di tempat kerja, di seminar-seminar, melalui TV dan radio atau pun melalui maklumat-maklumat di internet.
Semoga ALLAH memelihara kita semua dan menjadikan kita semua hamba-hambaNYA yang berTAQWA, amin…
Wa Allahu Ta’ala A’lam.
www.muzir.wordpress.com
25 Ogos 2010, 15 Ramadhan 1431 H.
Wednesday, August 25, 2010
Monday, August 2, 2010
NTMTBA 2010 - satu kepuasan...
satu keperitan dan jugak satu kepuasan bagi kami untuk habiskan kayuhan kali ini...pasai apa satu keperitan?....asal masuk ja jalan raya ingatkan dh nak sampai penamat, rupanya x lagi...arghhh.trek yang mencabar....DH yang sangat best..sampaikan ada 2 ahli GB Team tersungkur tepi bukit...seorang belah pokok getah..seorang lagi xpasti pulak langgaq apa...
..tahniah kepada pihak penganjur kali ni kerana menghidangkan kami dengan laluan yang best...pengagihan goodies yang teratur...cuma paking ja agak susah sikit.....
sikit berkenaan nama bukit...aku xingat nama bukit2 yang kami lalui..tp ada nama lain yang kami bagi....1-bukit krem..kat sini banyak rider yg krem...macam berjangkit la pulak..asal sorg ja krem...lepas tu sorg lagi dan lagi...nasib baik la ada rider yg prihatin..tolong apa yg patut..
bukit yg ke2 kami panggey bukit gegaq teloq..macam mana xgegaq teloq..pakai fork cap ayam...turun DH kira laju la jugak.. tangan n kaki sampai nk krem sebab layan DH...
sikit catatan perjalanan kami.......
jam 2.20 petang...kami berkumpul di rumah salah seorang ahli GB Team (pakli).......
masing2 dok try jersey baru dapat...
bekalan aku untuk esok....tu pun xcukup...perut aku ni cepat sangat proses benda makan...
hello sayang...esok abg nk lawan kayuh gerek ni...doakan abg bawak balik gold medal k...pakli tgh dok buat ayaq kuat...
di tempat permulaan.
antara org kuat GB Team...abg azizul
ni lagi sorg..nizam
ni org kuat nizam bersama ceni...
ni pulak orang xberapa nk kuat..omaq..heheh...rugi beli ayaq gamat mahai2...
Subscribe to:
Posts (Atom)