Wednesday, May 18, 2011

Kayuhan Persahabatan Gunung Jerai

Tarikh : 17 Mei 2011, 7.45 pagi

Cadangan sepontan untuk kayuh ke puncak Gunung Jerai pada hari cuti umum hari Wesak dengan menjemput Geng Gerek Baru telah mendapat sambutan yang memberangsangkan ( +-80 orang ) hadir sesuai dengan tema " Kayuhan Untuk Kesihatan Disamping Mengeratkan Persahabatan ". Peserta yang hadir adalah dari Perlis, Changloon, Jitra, Alor Setar, sekitar Sungai Petani, Bertam, Penang dan beberapa rider dari Pengkalan Hulu.

Seramai 5 orang ahli GB Team telah berjaya kayuh hingga kepuncak tertinggi di pencawang.

Lagi gambar di http://saifudin-mtb.blogspot.com, http://gerekbaru.blogspot.com
















Wednesday, May 11, 2011

Misi Tawan Gunung Jerai

Jom kita sama - sama menawan puncak gunung Jerai pada 17.5.2011 dengan membuat kayuhan beramai - ramai bermula jam 8.00 pagi. Team yang akan turut serta ialah Gerek Baru dari Jitra dan Geng Tunton Team serta ramai lagi geng kayuh yang lain.

Dijemput kepada semua yang ada dan tiada team untuk sama - sama menyertai kayuhan ini. Jumpa di sana........

" KAYUH UNTUK KESIHATAN DISAMPING MENGERATKAN PERSAHABATAN "

Monday, March 28, 2011

Gunung Jerai 26.3.2011

Cadangan untuk kayuh ke puncak gunung jerai disahut oleh 7 orang saja manakala seorang lagi menarik diri di saat - saat akhir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Kayuhan pagi ni bermula jam 8.20 pagi dan bertujuan untuk memperbaharui lesen yang hampir luput tempoh disamping membawa seorang yang baru. Cuaca amat menyebelahi kami, apabila hujan disebelah malamnya menyebabkan suasana sejuk dan nyaman sepanjang kayuhan. Kepenatan kayuhan hilang apabila sampai ke puncak gunung dimana kami disambut dengan kabus dan udara yang amat sejuk......memang best.....terima kasih kepada semua yang telah sama - sama menjayakan kayuhan ini........dibawah sebahagian gambar yang sempat diambil......kalu nak tengok yang lain kena la join facebook....