Wednesday, October 28, 2009

25.10.2009 - kangar - utan aji - menkuang layar - simpang 4 - sungai baru - kuala perlis - kangar

tarikh : 25 oktober 2009
jam : 7.30 am
lokasi kayuhan : kangar - utan aji - menkuang layar - simpang 4 - sungai baru - kuala perlis - kangar
riders : abg li , omaq, pakli, pascal, kodiq, cikgu, mie

lepas seminggu aku xkayuh sebab balik kg, minggu ni aku mula balik. kali ni tujuan kami sama jugak. simpang 4. tapi laluan semasa nk p tu kami ikut jalan utan aji, mengkuang layaq. mie harun yg bg cadangan jalan ni....mie harun - sorg lagi ahli baru yg join kayuhan kami kali ni

kali ni tempat kumpul kami di pejabat MARA Negeri Perlis.
barisan kuda-kuda tunggangan bersama ridernya..
kali ni gerek aku dh berubah wajah. gerek adik aku dh aku bagi persalinan baru..kaler rasmi bendera perlis tu..


kayuhan bermula melalui jalan utama ke utan aji
kami berhenti di caltex utan aji sbb tunggu cikgu kita n kodiq
tunggu punya tunggu nmpk cikgu berada di hadapan meninggalkan kodiq jauh ke belakang....heheh..tabik la cikgu


jalan pagi tu lengang ja. kereta pon xbanyak..cuaca pon cantik..nmpk padi hijau ja dari jauh..mmg kami suka ride tepi bendang ni..sejuk ja mata .....

tgh aku dok syok kayuh tiba2 laju ja abg lie kita potong aku




...nak p depan utk amik gambar katanya..hehe....tq abg lie..kalau aku yg bawa kamera sure muka aku xda...


thumbs up..cantik kan padi hijau..kalau dah masak nnt lagi cantik....


kodiq posing dengan gerek baru beliau...cayalah.....
macam biasa port kami minum2 adalah di pertengahan perjalanan..simpang 4..
sesudah isi apa yag patut..kami teruskan perjalanan ke kangar melalui jalan sungai baru...


kami berenti rehat bawah pokok tepi pantai....


kat sini pemandangan mmg cantik..pagi mmg xramai org..cuba mai petang..tambah2 lg sabtu n ahad.. macam pesta ..sini org panggil pantai seagate perlis..heheh

sekian..........minggu depan xtau lagi k kayuh p mana.

Gua Kelam 18.10.2009

kali ni aku xikut depa kayuh..aku balik kg daa.

aku cuma pos gambar2 ja.ok



























kayuhan makan angin tepi laut...

tarikh : 11 oktober 2009
jam : 7.30 am
route : taman mas muda - ikut laluan tepi pantai kuala perlis sampai simpang 4

geng2 : abg li , omaq, pakli, pascal, kodiq n cikgu


seawal jam 7.20 am aku dah terpacak depan rumah omaq di taman mas muda. hari ni kayuhan kami di' escort' oleh 'kat' yang bawa Honda..............ex5.
sampai ja di rumah omaq aku n kat dijamu ayaq nescafe 3 in 1 dan kuih raya.heheh. apa lagi..sapuuu tengah dok minum2 abg lie kita pon sampai. kali ni dia xkayuh dari beseri ( jauh katanya), tp dia muat gerek dia dlm grand livina. pakli pon sampai jugak time tu. apa lagi. omaqq tambah lg 2 nescafe... masa ni la kami dok bincang nk ikut laluan mana sat lagi. yg pakai jaket ala2 jaket pilot tu 'kat'. 2 org ni, kodiq dgn cikgu ( 2 ahli baru nk join kami kayuh. yg sebetulnya kodiq ja yg baru. cikgu tu orang lama. depa ni kayuh dari Kg. paya) xsampai2 lagi. jadi kami pakat nk tgu depa depan simpang nk masuk ke taman mas muda.









ni la cikgu..sebelah kiri yg pakai baju hijau tu...ni kira otai la jugak..kederat dia kalah org muda tu.xsilap umur dia dlm 64 kot. time ni kami berhenti rehat dekat Ocean Glow, Kuala Perlis. cuaca pg tu cantik, xpanas dan xmendung sangat. kira suam2 kuku la. time ni la cikgu tu dok crita serba sikit tentang dia mula2 kayuh gerek ni. kira dh lama jugak la dia kayuh ni. kami sbg org yg baru mula nk kayuh ni bole la amik ni sbg nasihat.



tepi pantai tu masa kami sampai ayaq surut. jadi nampak selut ja la. kalau malam kawasan ni penuh dgn org mai makan. kira femes la jugak tempat ni malam2. belakang tu pulau milik siam kalau xsilap aku. dengaq cerita kawasan Ocean Glow ni pon sebahagiannya terletak dlm kawasan siam. menurut cerita dri cikgu la.aku pun xpasti.


bergambar tepi pantai. penulis di kanan sekali.

turn aku pulak amik gambar. marsyal kita pun nk ada gambar dia jugak

marsyal kita dengan bianchi milik cikgu..........


2 generasi yang berbeza. kodiq dan cikgu. tapi kederat pun berbeza jugak. cikgu tingai kodiq dekat 100 meter.hahaha





kami berhenti rehat minum2 kat simpang 4, cuaca time tu pun dh mula mendung. lepas minum2 kami pun pack HP n etc masuk dlm plastik. takut basah sebab hujan dh renyai2. macam biasa gambar time balik mmg xda. jenis aku ni mmg xsuka tgkap gmbr time balik kot. heheh.

sekian...buat masa ni

Tuesday, October 27, 2009

assalamualaikum.....
kayuhan gerek bendang buat pertama kalinya.....

tarikh : 4 oktober 2009
jam : 7.30 am
lokasi kayuhan : kangar - kg. Nesam - Bukit Ayer - Abi Tok Hashim - Kangar
geng2 : abg li , omaq, pakli, pascal

jam 7.30 mula kumpul di rumah pakli. mmg part ni yg paling aku xberapa nk suka. aku kena kayuh sorg2 dr rumah aku. biasa la mula2 kayuh. last aku kayuh gerek mungkin masa zaman sekolah dulu kot. sampai ja kat rumah pakli kaki aku dh mula sakit. macam mana xsakit, mula ja kayuh aku dh pecut x ingat dunia.



L R - omaq, abg li n pakli

depa smua posing dengan gerek baru. aku tukang amik gambaq jd xda la gambar aku dlm tu.idea nk kayuh gerek ni dh lama, tapi masing2 sibuk. gerek 3 biji kat atas tu baru beli lg tu. omaq degan nexusnya, abg lie n pakli dengan raleigh. aku ja rembat gerek adik aku kat kg bawa mai sini semata2 nk ikut depa kayuh. nk beli baru duit dlm tabung ayam aku xpenuh lagi. sebab tu la dlm ni gambar gerek aku xda. malu nk tunjuk.


ni la pakli..dia kata bg dia dok depan sbb gerek dia 7speed ja..


ni pulak abg omaq kita.siap pakai ray ban tu....



yang kat belakang tu abg li kita.......
laluan yg kami pilih pagi tu agak sederhana. ada laluan landai dan ada sikit mendaki. kira ok la bagi kami yg baru nk mula kayuh ni...

masa tgh kayuh tu, nampak sorg pakcik tgh dok cangkui kat tepi bendang, dia park gerek tua dia bawah pokok. aku sempat la jugak snap gambaq gerek tua dia.


ni gerek tua pakcik tu. cuaca pg tu mmg cantik.

sampai dekat lapang sasar batu pahat tu kami berenti rehat sat. gerek aku buat hal ( biasa la gerek lama)heheh
depa posing lagi..gambaq aku jugak yg xda.


nasib baik pakli kesian kat aku..dia tangkap juga sekeping.kira ada jugak la bukti aku ikut depa kayuh...


sampai jugak kami..fuhhhhhhhh


masa dalam perjalanan tu ada la jugak terserempak dengan beberapa group kecil yg tengah dok kayuh. laju depa....cuma sempat angkat tangan ja. harap nnt dapat kenal la group2 tu.
jarak kayuhan kami xtau sebab masing2 xtau nk guna' mata kucing' tu. manual dia kedai xbg pon masa pasang......
masa perjalanan balik xda gambar yg sempat aku tangkap. letih ooooooooo...kami singgah makan roti canai tepi jalan..aku ni makan sikit ja ( roti canai 3 bijik)

cukup dulu kot..nnt aku update lg...
minggu depan plan nk kayuh makan angin tepi laut pulak.