Sekalung tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah selaku penganjur Kayuhan Jelapang Padi 2010 kerana menganjurkan temasya ini dengan jayanya. GB Team menghantar 5 orang peserta sahaja dan kami bertolak dari Kangar jam 5.30 pagi, singgah sembahyang subuh di Ayer Itam. Hujan turun dengan lebat dalam perjalanan ke Stadium Darul Aman menyebabkan laluan kayuhan menjadi becak dan licin. Seramai 405 orang menyertai kayuhan pada kali ini yang bermula dari dalam Stadium Darul Aman dan berakhir di Kompleks Belia negeri Kedah. Kesemua geng GB Team telah menamatkan kayuhan dengan melalui semua check point dimana 3 orang mendapat hadiah dari cabutan bertuah.
Aku dan Tuan Saifuzie
Bang Azizul & Amirul
Pudin TTG & Oldman
Pudin bergaya dgn kamera & basikal barunya...
Tengok basikal tu...teruk nak cuci...badan pun dah penat...
Pudin duk tunjuk gerek baru kat ZN
Tamatkan kayuhan dikedudukan 39 & dapat hadiah cabutan bertuah lagi
Cayalah Bang Azizul menamatkan kayuhan di tempat 79 & dapat hadiah cabutan bertuah...
Tamat kayuhan dapat sijil siap dgn no. ranking..sapa punya ni ?
Gambar di bawah diambil dari adiharriman.com
Tuan Saifuzie menamatkan kayuhan dikedudukan yang ke 65...tahniah
No comments:
Post a Comment