Thursday, December 30, 2010

Setahun Tiga Bulan

Tajuk diatas mengimbau kembali detik bermulanya aktiviti kayuhan geng GB Team 4 sekawan 1 opis. Hasil dari perbincangan kami bertiga terus membeli basikal tanpa mendapat nasihat atau pandangan dari mereka yang lebih arif. Pakai beli ikut berkenan (kemampuan jugak)....sorang lagi balik ambil basikal di kampung.

Tanggal 4.10.2009 kayuhan sulung dimulakan dari rumah Pak Li ke Bukit Ayer.....kira jauh dah tu bagi orang baru....kayuh sikit dah penat....nak tukar gear pun terkial - kial...

Semangat untuk kayuh seterusnya makin membara apabila mula tengok blog geng kayuh lain yang sarat dengan pelbagai aktiviti...rancangan untuk kayuh hujung minggu diatur dan kerja menarik kawan lain berjalan lancar hingga ramai yang berminat...ahli bertambah dari 4 ke 10 orang.... siap ada jersy baru.....hasil usaha penaung.

Aktiviti ini menarik minat beberapa otai dari Beseri Bikers untuk turut serta seperti Cikgu Man, Bang Azizul, Bang Cha, Shahrin dan Tuan Saifuzi...dan ahli kami semakin bertambah sehingga kini.

Apabila dah rasa kuat...hehe...kuat ka....beberapa jambore kami masuk seperti RUN10, Kayuhan Terang Malam, Kayuhan Jelapang Padi dan Nibong Tebal Jambore.

Hubungan dengan team lain juga terjalin, antaranya Perlis MTB, Gerek Baru, Pudin TTG dan Geng Tunton Gerek....

Harapan tahun 2011 akan lebih banyak kayuhan boleh dibuat dengan menjalin hubungan dengan team lain, lebih banyak jambore yang boleh masuk dan ada kawan2 yang akan upgrade gerek.....















No comments:

Post a Comment